Thursday, May 6, 2010

FADHILAT JUMAAT

Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:

ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."

Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."

Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."

Thursday, March 18, 2010

Rantai Batu Gunung Berapi / Tenaga scalar

Kajian para saintis sedunia menerusi satelit mendapati lahar gunung berapi dari pergunungan Fuji, Jepun dan German mengandungi 70 bahan galian semulajadi dari perut bumi yang menyamai kandungan air zam-zam dan madu lebah.Bahan mentah ini adalah hak Allah s.w.t.Ciptaan-nya yang terbaik dalam bentuk adalah air zam-zam, cecair : madu lebah, batu : batu scalar gunung berapi

Dahulunya lahar gunung berapi diambil untuk dijadikan bom atom, peluru berpandu dan rawatan kemoterapi kerana ia dapat mematikan sel kanser dan menyebabkan keguguran rambut, kuku menjadi hitam, dan badan menjadi kecut kerana ia sangat panas. Di dapati hanya lahar gunung berapi dari Jepun dan German sahaja,sangat sesuai dengan suhu badan manusia iaitu 37 darjah celcius.

70 bahan galian ini dikombinasikan denagn cahaya ultra-violet (cahaya putih/tujuh cahaya pelangi) pada lapisan pertama iaitu cahaya matahari pada pukul 3-4 pagi mengggunakan Teknologi Nano Jepun seterusnya dijadikan loket supaya dapat dipakai dimana-mana bahagian badan. Loket ini adalah bahan semulajadi, tiada kesan Infrared dan mempunyai tenaga semulajadi yang boleh bertahan selama 200 tahun.

Menurut kajian oleh Laporan Barron, Tenaga Eletrik terbaru dijumpai pada 2003-2006 dipanggil “scalar energy”.Apabila loket sains quantum ini diletakkan kepada air mati, air tersebut akan diprogramkan menjadi “water crystal”.Apabila air kristal ini masuk ke dalam badan kita, ia akan menyerap vitamin yang perlu dan mengeluarkan bahan yang tak perlu melalui perkumuhan, pernafasan dan perpeluhan.

Loket ini boleh menyerap tenaga alam, kelajuannya lebih laju daripada cahaya matahari, cahaya kilat, cahaya lampu,kelajuan suara, bunyi ataupun kelajuan iblis dan syaitan. Kelajuan cahaya matahari ke bumi disukat dalam nanometer (nm), jadi kelajuan cahaya :4nm, kilat :7nm, syaitan, iblis :2-3nm, manakala tenaga scalar 12 namometer. Sewaktu lahar gunung berapi ini meletup, ia menarik seluruh tenaga alam “oksigen”, dimana ia menukarkan tenaga elektromagnetik ini kepada elektrokimia.

Sel dalam badan kita boleh merawat penyakit secara semulajadi, penggunaan ubat adalah untuk kesan sementara kerana ia mengandungi bahan kimia dan dadah. Badan sakit disebabkan terdapat lebihan asid dalam darah, tahap kolestrol tinggi menyebabkan saluran darah mengecut atau pengumpalan darah putih dan darah merah sekali gus menyebabkan sistem peredaran darah terganggu.70 %-80% badan kita terdiri daripada air,loket ini boleh menyerap tenaga sekeliling kita dan diprogramkan kepada air yang terdapat dalam badan seterusnya melancarkan sistem peredaran darah kita.

Jadi apabila kita memakai loket ini,badan kita serta merta penuh oksigen, oleh itu otak kiri dan otak kanan menjadi seimbang menyebabkan anggota badan menjadi seimbang walaupun kita berdiri dengan menggunakan satu kaki.

Terdapat beberapa demo yang perlu anda cuba (balance, strength, flexibility, handphone) untuk membuktikan tenaga scalar ini wujud.

Tenaga ini boleh merawat penyakit-penyakit fizikal seperti sakit jantung, lumpuh, kencing manis, darah tinggi, gout, lelah, kanser,migraine, sakit sendi, lemah tenaga, kurang keyakinan diri dan kemurungan. Dari segi mental, tajam daya penglihatan, kuat deria rasa, jelas pendengaran, kuat deria bau pernafasan yang sihat. Emosi boleh menjadi tenang, tiada teknan, tiada sifat panas baran, otak boleh berfikir secara waras kerana kedua-dua otak telah seimbang. Dari segi spiritual, ia boleh merawat penyakit misteri seperti hysteria atau terkena rasukan jin dan iblis. Ia boleh menghalang gangguan makhluk halus.

Fakta menunjukkan 80% penyakit berpunca daripada usus dalam badan kita, jadi apabila kita minum air yang dicaskan dengan loket ini, proses detoksifikasi akan berlaku, iaitu boleh membuang racun daripada badan. Jadi badan akan menjadi ringan dan otot-otot akan menjadi tegang dan akan mendapat awet muda secara semulajadi. Ia juga memberi perlindungan semulajadi dengan menyekat gelombang radiasi yang dikeluarkan oleh barang-barang eletrik seperti talifon bimbit, komputer, tv dan sebagainya.

Penggunaan handphone boleh mengurangkan 30% daripada tenaga badan kita.

Satu kajian telah dijalankan apabila dua handphone diletakkan secara bertentangan dan dihidupkan, kemudian diambil sebiji telur ayam dan diletakkan ditengah-tengah kedua handphone tersebut, dalam masa satu jam kemudian didapati telur ayam tersebut masak sepenuhnya. Bayangkan apa yang akan terjadi apabila anda menggunakan handphone setiap hari... ia menyebabkan badan menjadi lemah, mudah mendapat tekanan dan badan senang dijangkiti penyakit-penyakit serius. Pembunuh utama rakyat Malaysia adalah penyakit kanser,menurut pakar, virus kanser bergerak dengan kadar perlahan, loket ini mempunyai kadar kelajuan yang tinggi, jadi ia dapat menghalang sel kanser daripada merebak.

Setiap penyakit ada penawarnya, kita hanya berusaha dan berikhtiar untuk mencari penawar untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Orang Islam percaya kejadian tanah, air, angin, api. Oleh itu, loket ini menjadi pelengkap kepada kesihatan seseorang dimana tanah : lahar gunung berapi, air : air water cristal, angin :udara oksigen dan api :tenaga skalar. Sekiranya anda sakit, anda mengambil ubat daripada doktor, ubat adalah perantaraan anda dengan Allah s.w.t, begitu juga loket ini menjadi perantaraan anda dengan Allah s.w.t, segala kesakitan dan kesihatan adalah datang daripada Allah yang Esa.

Sunday, January 31, 2010

SARAH RAIHANAH

Sarah Raihanah dah masuk 1 tahun 9 bulan. makin ligat...mengalahkan abang2 yang 3 orang tu. Pintu pagar rumah pantang terbuka...."hilang" le dalam 10 minit. Pi mengunjung rumah jiran le tu...merajuk pun hebat juga. Siap berguling2 lagi....sabar je le...sementara nak jadi dewasa.










Saturday, January 23, 2010

PARENT GROUP SUPPORT 2010

PENGERUSI: FAZIZAN B. AHAMAT
N. PENGERUSI: ROSLI B. OTHMAN
SETIAUSAHA: MAHANI BT. ABU BAKAR
BENDAHARI: UMI KALSOM BT. MAHADI
JAWATANKUASA:
SAADIAH SAARI
HAJAR BT. MD AKHIR
NURSIAH BT. ISMAIL
MOHTAR B. MAT SAAD
DR. JAMILAH BT. YUSUF
ABDUL RAZAK B. OSMAN
YUSNIDAR B. YAAKOB
AZAHARI B. MAT ISA
HAIRI B. ABDUL HALIM




Taklimat oleh Pen. Kanan Pend. Khas Pn. Hayati


Taklimat oleh Guru Besar SKSAT


Sesi soal jawab antara Guru Besar dan waris murid


Muzakarah guru dengan ibubapa
















PERLANTIKAN KETUA PENGAWAS & PENGAWAS SKSAT SESI 2010









Cikgu Muzaffar dok memikir masa depan disiplin murid SKSAT

video

Friday, January 22, 2010

GOTONG-ROYONG MENYIAPKAN TAPAK SEMAIAN

Guru-guru dan murid-murid Pendidikan Khas sedang bergotong-royong menyiapkan tapak semaian untuk ditanam sayur-sayuran. Aktiviti yang dijalankan merumput, mengembur tanah, memasukkan tanah ke dalam polybag dll. Tengok le sendiri foto di bawah aktiviti apa yang guru-guru dan murid2 Pend. Khas dok buat.......

























BERENANG DI GARDENIA VALLEY RESORT

Lepas sembahyang Jumaat bawa famili pi mandi kolam di Gardenia Valley Resort. Best juga sbb kolamnya besar.....apa yang penting anak2 enjoy...