Tuesday, May 26, 2009

Saturday, May 23, 2009

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU 2009

LAWATAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH KUBANG PASU KE MELAKA DAN KUALA LUMPUR

12-14 Mei 2009, murid pend. khas SKSAT seramai 12 org telah mengikuti rombongan Pend. Khas daerah Kubang Pasu ke Melaka dan Kuala Lumpur. Murid ditemani 8 orang guru. Di bawah gambar yang sempat di snap oleh Cikgu Aliza....Thanks





























Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI GURU

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,

Jika hari ini seorang hakim menang bicara,

Jika hari ini seorang YB memiliki harta berjuta-juta,

Jika hari ini seorang Dato’ beristeri artis dua tiga,

Semuanya kerana seorang insan bergelar GURU……

Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia khasnya guru di SK Sultan Ahmad Tajuddin terutama Cikgu Hayati, Cikgu Junaidah, Cikgu Hatijah, Cikgu Jasni, Cikgu Huda, Cikgu Halimaton ( Menteri Kewangan ), Cikgu Aliza, Cikgu Ros, Cikgu Rohaida, Cikgu Mahani, Cikgu Zamri, Cikgu Najriah, Ustazah Rodziah, Ustazah Hidayah. Semoga dipanjangkan umur dan dirahmati Allah senantiasa.

Juga untuk semua guru yang pernah mengajar dan mendidik aku di SK Pendang, SK Jitra, SMK Agama Kedah dan SM Jitra. Semua pensyarah aku di IPSI, IPDA dan OUM

Untuk rakan2 seperkhidmatan di SK Chini Timur 1, SK Chini Timur 2&3, SMK Chini dan SMK Chini Timur ( Pekan, Pahang. Guru2 di SMK Seri Mahawangsa, SK Bandar Baru Sintok dan sekolah sekarang SKSAT.

Di sini aku nak berkongsi sms yang aku terima pada hari guru: Mungkin ada sms yang berkaitan dengan diri kita terdapat dalam sms di bawah. Kepada rakan2 yang menghantar sms terima kasih. Kepada yang tak hantar, sila hantar tahun depan supaya aku boleh abadikan dalam blog aku….

Sms pertama aku dapat drpd Cikgu Telly. Gangz KSPK di IPDA

Happy Teacher’s Day CIKGU TELLY, KULIM

Slamat hari guru smoga cikgu terus brbakti kepada anak bangsa sndiri walaupun pelbagai rintangan yang menanti…. SAHDRIE, CHINI TIMUR, PAHANG

Byk dpt BUNGA? *Tanda tugas guru mgharumkan dunia. Dapat PEN? Tanda guru bijak melakar kata. Dpt PEMADAM? *Tanda guru sentiasa mmbetulkan yang dusta. Dapat MESEJ? * Tanda guru sentiasa d ingatan!* SLMT HARI GURU 2009 CIKGU ALIZA, SKSAT / CIKGU RUZAINI, CHERAS

Susah kalau kahwin dengan org. TELEKOM, tiap2 3 minit je terputus; ahli BOMBA lagi teruk, buka kepala terus nak pancut; Dr. GIGI pun lebih kurang je, goyang2 pastu cabut; ASKAR bahaya sikit, asyik nak tembak je; Kalau MAT REMPIT lagi dahsyat, lampu merah pun dibedalnya; Baik kahwin dgn CIKGU, kalau kurang jelas akan diulangnya sampai puas! SLMT HARI GURU!!! CIKGU SHARIZAN, SINTOK

Salam. Drpd Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah saw bersabda: “ Ssgghnya Allah,malaikat dan ahli (penduduk) langit & bumi hinggakan semut di dlm lubang & juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat & di laut) yang mendoakan kebaikan ke atas orang yg mengajar perkara yang baik kpd manusia”

( HADIS RIWAYAT AL-TAMIZI). Selamat Hari Guru, semoga kita ikhlas menyampaikan ilmu kerana Nya…

CIKGU SHARIF, IPG PERLIS

Ingatkan campak, rupanya jerawat batu, mengajar bagai nak rak, budak buat tak tahu,rasa macam nak sepak, takut kena serbu, mai sini nk habaq, bukan kata rindu, banyaklah sabaq,kita ni kan cikgu….”SELAMAT NAIK GAJI BARU” SLMT ARI GURU. CIKGU ZUKHAIRUL,SINTOK

Bila murid duduk…cikgu berdiri!Bila murid di seligi…cikgu pulak kena gari, murid dtg naik bmw 7 siri..cikgu dtg naik motor buruk road tax pun dah mati!Murid pi belajar sampai PhD..cikgu baru berkira-kira nak samb degree…Namun begitu..di dunia cikgu berbakti,moga di akhirat syurga tempat kita kekal abadi… Selamat Hari Guru. CIKGU HUDA, SKSAT

YG MGHAFAZ ITU GURU SEJARAH,YG CAKAP BERBUNGA ITU GURU SASTRA,TERATUR AYATNYA GURU BM, GELAP KULITNYA GURU PJ,SOPAN ORGNYA GURU SIVIK,WARAK ORGNYA GURU AGAMA,PELIK ORGNYA GURU PS,POWER CAKAPNYA GURU BSAR,X PERNAH MARAH GURU KAUNSELING,HEBAT BHSANYA GURU ETEMS,BYK TUSENNYA GURU BI,BYK KLIMNYA GURU SBT,GURU PEMBINA NEGARA BANGSA, Selamat Hari Guru! CIKGU LUTHFI, SINTOK

dulu DIA pegang rotan kau kata DIA garang,Bla DIA lmbt msuk ke klas kau kata DIA malas,Bla DIA marah2 kau kata DIA melampau, KINI..kau adalah DIA, SELAMAT HARI GURU! Terima kasih atas sglanya… CIKGU SHARIZAN, SINTOK

Suaramu adalah rindu..dikala sendu. Suaramu adalah permata..dikala duka. Suaramu adalah sayang..tak pernah hilang.Suaramu adalah keramat..tiang azimat. Suaramu adalah syurga..menitip segunung pahala..menyanggah seberkas dosa.SELAMAT HARI GURU CIKGU HUSNI, PERLIS

Sbda Rasulullah SAW “ Celuplh jarimu ke dlm laut. Air yg mnitis dr jarimu adalh nkmat dunia.Baki air laut yg trbentang luas itulh nkmat syurga” sesngguhnya kebhgiaan itu tdk dtg tnpa kesbran & keinsafan..Semoga Allah mjdkan sesuatu yg pahit itu sbg nkmat yg mnyenangkan..SELAMAT HARI GURU.. CIKGU NAJIB, SABAH

SELAMAT HARI GURU CIKGU ZULKIFLE, CHINI TIMUR

Ada murid malu2.Ada murid macam hantu.sakit kepala tergaru2.Apalagi la nk buat kt anak muridku? Bila nk exam lg la haru. Bbudak kta don’t wori cikgu, Muka konfiden kononnya tahu, Tanda peksa apsal xde yg biru? Sabarlah cikgu…SELAMAT HARI GURU 019XXXX300

Selamat hari guru…lambt wish le.. HILMI

GURU..dalam ajarnya ada harapan, dlm tegurnya ada doa, dlm marahnya ada syg, dlm tawa ada mesranya, dlm diam ada bijaksana, dlm tgnnya kita terbina. Berbahgialah menjadi guru..

CIKGU MAHANI,SKSAT

Kalau nk kaya jgn jadi guru. Klau nk glamor jgn jdi guru.Klau nk byk kerja jdilah guru.Klau nk kena mrh dgn mak bapak bdk jdilah guru. Selamat hari Guru w/pun x brp slmt jdi guru… CIKGU MAHANI

Knp org nk kahwin dgn GURU?? Kahwin dgn DOKTOR skt2 mkn ubat. Kawin dgn JURURAWAT klau salah kna cucuk. Kawin dgn hakim klau slh kna hukum. Kawin dgn PEGUAM klau slh kna saman. Kawin dgn CIKGU klau salah buat pembetulan… CIKGU JASNI, SKSAT

Bila guru brjuang krn ALLAH dugaan itu tmpat bersinggah, keperitan d telan sbg juadah. Kejayaan di anggap mimpi indah. Semoga ALLAH memberi kebahagiaan kpdmu. SELAMAT HARI GURU..

CIKGU ZAMRI, SKSAT

Monday, May 11, 2009

Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran & Hafazan Peringkat Negeri Kedah 2009


11 Mei murid pendidikan khas SKSAT seramai 3 orang telah menyertai Pertandingan MTQ peringkat Negeri Kedah. Pert. diadakan di SMK Sungai Layar, Kedah. Berikut adalah kejayaan yang diperoleh oleh murid SKSAT:

Nasyid - Johan ( Siti Nor Aisyah )
Tilawah - N. Johan ( Mohd. Syakir )
Hafazan - N. Johan ( Siti Nor Aisyah )
Bercerita - Ke-3 ( Jamarul )

TAHNIAH!!!! gangz. Kekalkan kecemerlangan...


GAMBAR2 SEKITAR MTQ

Sunday, May 10, 2009

Team Bola Baling SKSAT

Foto dan video team bola baling.Pertandingan Bola Baling MSSD Kubang Pasu 2009. Lawan pada 7 Mei 2009 di SMK Ayer Hitam. Aku jadi coach untuk team lelaki dan perempuan. Cikgu Junaidah jadi manager. Video dirakam oleh Ustaz Jamaluddin. Gambar aku snap dari video. Terror jugak aku....hehe...Team lelaki masuk Suku Akhir je. Team Perempuan Naib Johan kalah Final dengan SK Si Puteh.

Keputusan Perlawanan ( L )
1. SKSAT belasah SK Tunku Laksamana ( 4 - 2 )
2. SKSAT belasah SK Bandar Baru Sintok ( Sek. lama aku. Sori gangz.. ) ( 5 - 2 )
3. SKSAT kalah SK Bandar Bukit Kayu Hitam ( 3 - 5 )

Suku Akhir
4. SKSAT kalah SK Si Puteh ( 1 - 3 )
( Naik van sewa terus balik rumah. tak pa gangz tahun depan kita balas dendam.... )

Keputusan Perlawanan ( P )
1. SKSAT belasah SK Seri Muda ( 5 - 0 )
2. SKSAT belasah SK Bandar Bukit Kayu Hitam ( 5 - 0 )

Suku Akhir
3. SKSAT belasah SK Kodiang ( 2 - 1 )

Separuh Akhir
4. SKSAT belasah SK Laka Selatan ( 2 - 0 )

Final
5. SKSAT kalah SK Si Puteh ( 1 - 5 )

Tahniah !!!! Tahun depan kita target JOHAN


Line up lawan SK Tunku Laksamana. Menang 4-2



Line up lawan SK Seri Muda. Menang 5-0



Naib Johan Bola Baling MSSD Kubang Pasu 2009



Perlawanan akhir lwn SK Si Puteh



Penyampaian hadiah utk pemenang



Lawan SK Tunku Laksamana. Menang 4-2



Suku Akhir lwn SK Kodiang. Menang 2-1

Saturday, May 9, 2009

Budak2 aku di SK Sultan Ahmad Tajuddin ( Sekolah Kluster Kecemerlangan )

Sifu blogger aku. Yang tudung kuning tu....Cikgu Rohaida.
Dok menyibuk sebelah tu Cikgu Zamri


Sebelah kanan tu Cikgu Aliza, tuan empunya kamera. Sebelah kiri Cikgu Halimaton. Menteri Kewangan aku....moga dimurah rezeki....


Cikgu Jasni .... Dok memikiaq macam mana nak kaya.... hehe...



Sabar...Cikgu Mahani... Sabar....Sat gi abang kat rumah beli paip "T" kat kedai.




Cikgu Zamri tengah dok mengajar



Mengajar pun boleh senyum....Cikgu Ros



Gambar "aku" x dak.... sbb dok sibuk tangkap gambar....hehe...


Aqimie & Irfan...posting canteeeek.....