Monday, July 27, 2009

Antara 9 Siti yang patut dicontohi

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'. 2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Tuesday, July 21, 2009

Sepuluh pedoman, panduan layari alam perkahwinan

RUMAH tangga yang bahagia dan aman tenteram menjadi impian suami isteri. Ikatan kasih sayang dua insan dipadukan dengan harapan semoga berkekalan sepanjang hayat. Namun, dalam kehidupan berumah tangga pasti tidak lekang daripada dugaan dan pancaroba yang boleh menggugat kesejahteraan.

Oleh itu, beberapa petua untuk renungan bersama supaya rumah tangga yang terbina kekal aman serta dilimpahi kasih sayang sepanjang masa. Ini perlu bagi mengelak berlaku perceraian yang semakin meningkat.
Renungi pesanan Umamah binti Harith kepada anaknya sebagai petua dalam rumah tangga yang bahagia. Umamah mewasiatkan kepada anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang Raja Yamanm, iaitu Al Harith bin Amru.

Dalam wasiat itu, Umamah berkata: “Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu 10 perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam berumah tangga nanti iaitu jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk.

Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.

Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya. Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.

Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan. Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.

Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu. Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya. Nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.

Demikianlah 10 petua yang diperturunkan kepada anaknya dan sangat relevan buat kita pada zaman ini, iaitu panduan buat wanita yang akan mendirikan rumah tangga supaya bahtera dilayari bersama suami berada dalam landasan yang betul lagi diredai Allah.

Seperti yang diketahui, pelbagai masalah keruntuhan rumah tangga semakin menjadi-jadi dan tidak menampakkan susutnya. Jadi sewajarnya petua Umamah dijadikan sebagai teladan dan peringatan buat muslimah.

Rumah tangga aman bahagia akan membawa keberkatan hidup dan sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah. Apa yang mustahak, kedua-dua suami dan isteri mesti memiliki sikap saling hormati-menghormati dan nilai toleransi tinggi.

Tidak dinafikan wanita menjadi tunjang kepada terbentuknya suasana bahagia dan harmoni. Imam Hasan Al-Banna berkata: “Asas kebaikan bangsa adalah kebaikan keluarga dan kunci kebaikan keluarga adalah kebaikan kaum perempuan, kerana perempuan adalah guru dunia.

“Perempuan yang menggoyang hayunan dengan tangan kanannya dan menggoncang dunia dengan tangan kirinya. Ketenteraman, ketenangan dan perlindungan, itulah kata tepat untuk menggambarkan antara lelaki dan perempuan.

“Seorang perempuan, wahai saudaraku, berlindung pada suaminya untuk memperoleh kekuatan dan kehidupan, sedangkan lelaki berlindung kepada isterinya untuk memperoleh kecintaan dan kehidupan.”

Andainya sikap saling memahami dan bertolak ansur diterap antara suami isteri, fenomena cemburu buta yang berakhir dengan perceraian dapat ditangani. Ini tidak, hal remeh temeh mencetuskan polemik, sehingga membesar menjadi punca keretakan hingga meruntuhkan rumah tangga.

Kehidupan berumah tangga yang sentiasa berpayung pada cahaya keimanan kukuh tidak akan mudah digoncang, malah sentiasa mendapat berkat Allah. Ingatlah, keluarga yang aman bahagia akan melahirkan anak cemerlang.

Anak yang dilahirkan dalam ruang lingkup keluarga harmoni akan memacu landasan hidup sempurna. Wujudlah rumahku, syurgaku, yang menjadi impian semua pasangan. Semua inginkan kebahagiaan melalui gerbang perkahwinan dan Islam menggalakkan perkahwinan untuk mencari ketenangan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah menjadikan bagimu rumahmu sebagai tempat tinggal (untuk ketenangan).” - (Surah An-Nahl, ayat 80)

Wednesday, July 15, 2009

WARKAH DARIPADA ANAK-ANAK ISTIMEWA

Panggillah kami dengan apa sahaja nama

“ terencat akal” atau “ brain injured “

hakikatnya akan tetap sama

bahawa kami adalah kanak-kanak yang kurang bernasib baik

Pandanglah ibu bapa kami dengan segala simpati

dan bayangkanlah derita batin yang terpaksa ditanggung

airmata mereka sudah kering untuk meratapi kami

sesungguhnya betapa berat mata memandang

beratlah lagi hati yang memikul

Bersyukurlah ibu-ibu bapa yang mempunyai anak normal

betapa bahagianya melihat mereka cerdik dan cergas

sedangkan ibu bapa kami memikul seberat-berat beban

menanggung anak terencat akal

Bayangkanlah derita batin ibu-ibu bapa kami

dirundung sugul dari hari ke sehari

menyambut malam dengan segala kepiluan

menanti siang dengan hati yang walang

Setelah sekian lama kami terbiar

diserahkan pada nasib dan takdir

dipandang sekilas imbas dengan rasa kasihan

lalu dilupakan kembali di tengah-tengah kesibukan

Sesungguhnya banyak yang mesti

dapat dan patut dilakukan

berilah kami segala simpati

tetapi bukan sekadar ucapan “ kasihan “

Berilah kami tenaga dan masa

berilah kami wang ringgit dan fikiran

berilah kami harapan dan keyakinan baru

Sesungguhnya

dengan kemajuan sains dan teknologi

dengan segala keyakinan dan dedikasi

nasib malang kami akan dapat diatasi

Saturday, July 11, 2009

PERKHEMAHAN PENGAKAP DAERAH KUBANG PASU 2009

Pada 7 hingga 10 Julai 2009, telah diadakan Kembori dan kolobori pengakap daerah Kubang Pasu kali ke-20 di SK Bandar Baru Sintok. Sebanyak 14 buah sekolah kebangsaan dan 10 buah sekolah menengah mengambil bahagian dalam perkhemahan tersebut. Johan keseluruhan bagi sekolah rendah disandang oleh SK Dato Wan Kemara, Changlun. Tahniah Cikgu Izham, GPK Kokurikulum SKDWK. ANDA MEMANG HEBAT...


PANORAMA PERKHEMAHAN

Perasmian pembukaan oleh YB ADUN Bukit Kayu Hitam diiringi oleh En. Mohd Idris,
GPK Kokurikulum SK Bandar Baru Sintok



Persembahan brass band SK Bandar Baru Sintok



Hensem juga GPK Kokurikulum SKDWK nie....hihi...


Muhammad Akmal Haziq, anak aku pun masuk juga perkhemahan pengakap mewakili SK Dato Wan Kemara

Cikgu Izham dan Pak Long tengah buat gadget ( kubah Surau )



En. Ramlee Abu Bakar, Guru Besar SK Dato Wan Kemara bersama staf membina meja makan


GAMBAR GADGET















Cikgu Izham dok berbincang strategi seterusnya dengan gangz SK Dato' Wan Kemara


Tarian pocho-pocho







MALAM KEBUDAYAAN



Jejaka idaman Malaya. Mana satu idaman kalbu...




PERMAINAN BADMINTON DAN HYDROTHERAPHY















PELANCARAN BULAN KECERGASAN SKSAT